BERBUKA PUASA SECARA MEWAH JADI PERDEBATAN ISU HANGAT DI TURKI


Istanbul Food - Grape leaves, Humus, Imam Bayildi, Crepe and Efes Beer in Sultanahmet Restaurant

Istanbul Food - Grape leaves, Humus, Imam Bayildi, Crepe and Efes Beer in Sultanahmet Restaurant

Assalamualaikum wbt. Selamat menyambut Ramadhan Al-Kareem buat semua pengunjung weblog amarjamaludin.wordpress.com…. Saya tertarik dengan artikel berita yang dipaparkan dalam Medium Berita Harian yang mengoreksikan tentang isu Makanan Mewah untuk Berbuka Puasa di Turki. Isu ini hangat diperdebatkan oleh NGO kesatuan sekerja Turki serta disokong oleh segelintir masyarakat Turki yang berfahaman aliran Islam tulen kerna fenomena Berbuka Puasa secara mewah ini membeza-bezakan kasta masyarakat Turki yang mempunyai jurang Miskin-Kaya yang agak tidak relevan.. Yang kaya dengan budaya kayanya…Serta yang miskin terus menerus dengan situasi kemiskinan… Sehingga sehari dua ini menjadi isu hangat dibincangkan. Terutama bagi mereka yang suka berbuka puasa di hotel-hotel mewah yang mana kadar bayarannya mencecah sehingga RM1000 keatas bagi setiap meja hidangan.

ramadhan-buffet-2011

ramadhan-buffet-2011

Gerakan Islam di Turki begitu prihatin dalam memperjuangkan isu ini di Turki berfaktorkan taraf hidup masyarakat Turki masih berkasta serta sikap bermewah-mewah dalam berbuka puasa adalah tinggalan lapuk Sistem Kapitalis Turki Sekular yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Attaturk.

Sedikit pautan dari Medium Berita Harian pada tarikh 17 Ogos 2011

turkish-flag

turkish-flag

Gerakan Islam saran golongan kaya elak cara kapitalis ketika iftar

ANKARA: Berbuka puasa secara mewah atau di tempat umum menjadi isu di Turki selepas sebuah pergerakan pro-Islam, Landasan Keadilan dan Buruh (LJP) menyifatkan mereka yang berbuka di hotel melambangkan kemenangan sistem kapitalis.

 “Kami menentang pembaziran wang ketika berbuka. Daripada membelanjakan wang untuk meja hidangan berbuka, beri saja wang itu kepada pekerja,” menurut kenyataan LJP.
 Mereka merujuk kos berbuka iaitu 318 lira Turki (RM533) satu meja sedangkan gaji minimum di negara itu hanya 658 lira (RM1,104).

“Ini bukannya protes terhadap iftar ketika Ramadan semata-mata tetapi kami lakukannya kerana juadah besar ini menjadi lambang penduduk yang akur kepada cara kapitalis sejak 15 tahun lalu,” kata seorang peserta protes, Ihsan Eliacik kepada akhbar Hurriyet.

“Ketika orang miskin berhimpun di bawah khemah untuk mendapatkan makanan percuma, golongan kaya berkumpul di hotel. Malang sekali mentaliti konservatif di Turki mewujudkan jurang ini yang dianggap biasa sekarang,” katanya.

Seorang lagi penulis, Hidayet Tuksal, berpendapat isu ketidakadilan sosial termasuk jurang taraf hidup tidak banyak dibincangkan di kalangan kumpulan Islam.
Ihsan, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan Hidayet dengan berkata: “Memberi kekayaan tidak semestinya dapat membantu menghapuskan ketidaksamaan taraf.

“Wujud jurang besar antara golongan kaya dan miskin di Turki. Orang kaya yang sedar perkara itu mendermakan wang mereka tetapi meneruskan cara hidup mereka,” katanya.

Perbahasan itu dilihat turut mempengaruhi ahli politik dengan speaker Parlimen, Cemil Cicek, yang baru-baru ini menghadiri majlis berbuka, mengkritik penaja kerana menggunakan meja mahal, manakala Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan turut menggesa semua pihak mengelak mengadakan iftar besar-besaran. – Agensi

——————————————————————————————————————–

amarjamaludin.wordpress.com

Damanhur/ Mesir/ 17 Ogos 2011