Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Ramadan-2011

Ramadan-2011

Bismillahirrahmanirrahim…….Sudah seminggu dua saya tidak berkarya. Sedikit hambatan masa yang menyempitkan peluang ku untuk menulis artikel-artikel dalam blog ini. Sehinggalah tibanya bulan Ramadhan, kesibukan itu masih tidak pernah habis tetapi sesibuk mana pun kita dengan dunia, jangan sama sekali kita melupakan akhirat kerna dunia ini adalah ladang kepada Akhirat dan di Akhirat kelak tempat kita menuai hasilnya.Sesibuk mana pun kita pembahagian masa perlu bijak dirancang untuk pelbagai aspek. Ada lagi orang lain yang lebih sibuk daripada kita yang mampu membahagikan masanya untuk pelbagai aspek kehidupannya.

—————————————————————————————————

Ramadhan yg ku rindui akhirnya ketemukan jua pada kali ini. Kesempatan yang ada ini cukup bermakna buat ku untuk menambahkan lagi Pahala dan mengurangkan Dosa..Taubat ku pada Allah atas segala kesilapan ku..Moga Semangat Badar Al-Kubra dan Penurunan Al-Quran menggamit jiwa dan raga ku untuk terus memperjuangkan Islam dalam segala aspek kehidupan..Lailatul Qadar ku harapkan tahun ini ku temui. Moga Ramadhan pada kali ini bagi ku lebih baik dari Ramadhan yang lepas…Allahuakbar.

Wasalam.

amarjamaludin.wordpress.com

Damanhur, Egypt/ 4 Ogos 2011/Khamis