AS-SYAHID ABDULLAH YUSUF AZZAM


abdullah azzam hero of Islam

abdullah azzam hero of Islam

 ” Saya tidak akan meninggalkan jihad kecuali dengan tiga alasan; PERTAMA, saya terbunuh di Afghanistan. KEDUA, saya terbunuh di Peshawar. KETIGA, atau saya keluar dari Afghanistan dengan kedua tangan saya digari.”     (Assyahid Dr Abdullah Yusuf Azzam)

——————————————————————————————-

LATAR BELAKANG PERIBADI BELIAU

  • Lahir pada 1941 di desa As-Ba’ah Al-Hartiyeh, wilayah Jenin di sebelah barat sungai Jordan.
  • Bapanya adalah salah seorang mujahidin di Palestin yang sentiasa menitikberatkan untuk mencintai Islam dan mengambil berat akan Palestin. Dr Abdullah Azzam sejak kecil ditanam untuk solat berjemaah di masjid kampungnya.
  • Beliau melangsungkan perkahwinan pada  tahun 1965 dan dikurniakan lapan orang anak, lima lelaki dan tiga orang perempuan.
  • Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Khadorri di Kota Tulkarem Palestin untuk mengambil jurusan Pertanian peringkat Diploma.
  • Beliau pernah bertugas sebagai seorang guru di perkampungan Adder, Jordan. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Syariah Kolej di Universiti Damsyik Syria di peringkat B.A pada tahun 1966.
  • Tahun 1967, pada perang Enam Hari antara Mesir dan Israel, rejim Yahudi berjaya menduduki Tebing Barat, Syeikh Azzam kemudiannya berpindah ke Jordan untuk melibatkan diri dengan Ikhwanul Muslimin Palestin di sana.
  • Syeikh Azzam kemudiannya berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan mndapat gelaran Master di bidang Syariah. Seterusnya memperoleh Ph.D dalam bidang Usul Fiqh pada tahun 1973 di sana selepas itu beliau mengajar di Universiti Jordan di Amman.
  • Beliau juga menerbitkan sebuah media Ummah Islam menerusi majalah inilah ia membangkitkan kesedaran umat tentang jihad.
  • Beliau berhadapan tekanan dari pihak kerajaan Jordan berkaitan karikatur menghina Islam yang diterbitkan oleh Adik Ipar Perdana Menteri Jordan ketika itu. Sehingga dipaksa oleh Perdana Menteri untuk beliau meminta maaf kepada pihak yang menerbitkan Karikatur yang menghina Islam tersebut yakni adik ipar PM Jordan. Akhirnya beliau berpindah ke Arab Saudi dan seterusnya ditawari oleh kerajaan Arab Saudi pertukaran jawatan pensyarah di Pakistan.( Ringkasan )
  • Beliau memutuskan perletakan jawatan pensyarah di Pakistan kerana pelbagai halangan dari pihak Pakistan dll. Sehingga berhijrah ke Afghanistan.
  • Musuh Allah sentiasa merancang untuk menamatkan perjuangannya di bumi jihad Afghanistan, pelbagai konspirasi telah diatur. Beberapa kali Syeikh Azzam menerima ujian pembunuhan. Sehingga akhirnya beliau dan dua orang anak lelakinya di bunuh pada hari Jumaat, 24 November 1989 akibat dibom dengan bahan letupan berkuasa tinggi, TNT seberat 20 kilogram.

SUMBER : Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden/ KARANGAN : Zainuddin Hashim & Ridhuan Md Nor.

SEDIKIT PAUTAN DARI LAMAN BLOG TERPILIH :http://fauzanibrahim.wordpress.com/2008/01/24/mengenal-tokoh-dr-abdullah-azzam/

———————————————————————————–

12 Julai 2011/ Damanhur , Egypt

amarjamaludin.wordpress.com