Bincang Geografi- Singapura Di Bawah Malaysia


Singapore Map

Singapore Map

Assalamualaikum WBT. Perbincangan blog ini di sambung lagi berkaitan Isu Geografi Singapura dan Sosio Politik Malaysia dan Singapura. Mungkin ada pihak yang sensitif berkaitan isu Singapura ini samada rakyat Malaysia atau selainnya. Daripada isu Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia, Pulau Batu Putih, Jambatan Bengkok Johor, Pulau Pisang dan Tanah KTMB di Woodlands. Satu persatu isu-isu besar yang dikaitkan dengan KREDIBILITI PIMPINAN MALAYSIA dalam berstrategi dengan liciknya Si Kecil Singapura. Saya tidak punya pengalaman berpolitik cuma sekadar bercetus ilham dalam penulisan ini. Apa yang paling saya risau sekarang ini adalah Isu Wilayah Pembangunan Iskandar di Nusa Jaya, Johor Baharu, Pasir Gudang dan Selatan Johor bakal menerima nasib seperti di Wilayah Palestin dijajah Israel Laknatullah. Apa yang ingin saya tempelkan di sini lebih kepada ringkasan Sejarah dan Maklumat Geografi Singapura.

————————————————————————————————————–

Dari Wikipedia :

Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi.

Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

Sejarah Silam

Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek (“Kota Laut”).

Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah Abdul Kadir Munshi yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran (istana) di situ.

Selain daripada itu, Abdullah Abdul Kadir Munshi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.

Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dihantar ke London tetapi gagal ditafsirkan. Sekiranya rekod salinan tulisan itu dapat dijumpai kembali, ia boleh memberikan anggaran tarikh ia diukir melalui terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis tulisan yang digunakan.

[Penubuhan Singapura Moden (1819)

Antara kurun ke-16 dan kurun ke-19, Kepulauan Melayu secara beransur-ansur menjadi milik penjajah dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat bermula apabila Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509. Manakala pada kurun ke-17, Belanda telah menguasai kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Melayu. Pihak Belanda telah memonopoli kesemua perdagangan rempah ratus yang pada ketika itu merupakan bahan perdagangan yang penting. Penjajah Eropah yang lain termasuk British, cuma mempunyai hak perdagangan yang kecil.

Sir Stamford Raffles, Pengasas Singapura Moden

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh di utara Selat Melaka manakala Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussain tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussain sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussain. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

Perkembangan Awal (1819-1826)

Raffles kembali ke Bengkulu tidak lama kemudian selepas menandatangani perjanjian dengan Johor. William Farquhar mengetuai koloni baru British ini dengan bantuan sepasukan askar British.

Di sebalik masalah-masalah yang dihadapi Singapura berkembang pesat kerana statusnya sebagai sebuah pelabuhan bebas. Pedagang-pedagang Arab, China dan India menjadikannya tempat persinggahan mereka.

Negeri-Negeri Selat (1826-1867)

Penubuhan Singapura oleh Raffles mendapat masalah apabila kerajaan Belanda menuduh British mencampuri kawasan naungan pengaruhnya. Pada mulanya kerajaan British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris bersimpati dengan masalah ini tetapi lama kemudian mereka mengabaikannya demi kepentingan kemajuan di Singapura. Menjelang tahun 1822, sudah jelas niat British bahawa mereka tidak akan sesekali menyerahkan Singapura.

Status Singapura sebagai hak milik British diperkukuhkan dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mana Kepulauan Melayu terbahagi kepada pengaruh dua kuasa. Kawasan disebelah kiri Selat Melaka (sekiranya datang dari sebelah barat) termasuklah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai kawasan pengaruh British manakala kawasan di sebelah kanan termasuklah Bangkahulu di bawah pengaruh Belanda. Pada tahun 1826, Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Melaka tergolong di bawah satu pemerintahan iaitu Negeri-Negeri SelatZaman Pendudukan Jepun (1942-1945)

Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbour. Salah satu objektif Jepun adalah untuk menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan pangkalan utama Tentera Bersekutu ialah sasaran utama Jepun.

Di Singapura ramai beranggapan bahawa Jepun akan menyerangnya terlebih dahulu sebelum menyerang Malaya. Pihak British bersedia apabila menyediakan antara kontinjen perang terbaiknya. Hal ini termasuklah penghantaran kapal perang HMS Prince of Wales dan kapal perang HMS Repulse. Mereka juga menghantar beberapa kapal perang yang lain.

Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.

Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina iaitu 15 Februari 1942. Lebih kurang 130,000 askar India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.

Singapura kemudiannya dinamakan semula menjadi Syonan-to (昭南島 Shōnan-tō, “Cahaya Selatan) dalam bahasa Jepun. Singapura diduduki oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

Pemerintahan Sendiri (1955-1963)

Pengerusi Parti Buruh, David Marshall, menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama. Dia memerintah sebuak kerajaan yang tidak stabil dan mengakibatkan terjadinya peritiwa mogok besar-besaran. Pada bulan April 1956, dia ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan Singapura tetapi tidak berjaya kerana pengaruh komunis di Singapura. Marshall terus menekan British bahawa dia akan meletak jawatan sekirannya British tidak memberi kemerdekaan kepada Singapura. Tetapi British langsung tidak menghiraukan ugutan Marshall dan akhirnya dia terpaksa melepaskan jawatannya. Ketua Menteri Singapura seterusnya ialah Lim Yew Hock. Beliau mengambil tindakan yang tegas terhadap ketua-ketua kesatuan sekerja dan ahli-ahli pro-komunis.

Tindakan tegas Lim menyebabkan British bersetuju untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada Singapura.

Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)

Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.[perlu rujuk

Kemerdekaan Singapura

Dalam konteks Singapura, Merdeka merujuk kepada pemerolehan pemerintahan sendirian dan kerajaan sendirian daripada United Kingdom pada dekad 1950-an pada masa imperialisme di Asia berkurangan. Ia tidak biasanya merujuk kepada kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 yang mengikuti penggabungan ia dengan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 selepas referendum kebangsaannya.

Perlembagaan Singapura dipinda pada tahun 1953 berikutan cadangan Suruhanjaya Rendel yang menciptakan Dewan Undangan Singapura berjumlah 51 kerusi, sekaligus menggantikan Majlis Perundangan Singapura. Dewan ini menjadi duluan kepada Parlimen Singapura. Pilihanraya Singapura 1955 yang merupakan pilihanrayanya yang pertama kemudian. Pilihanraya ini merupakan kali pertama pemilihan wakil majoriti oleh rakyat — dahulunya hanya enam ahli Majlis Perundangan dipilih rakyat dan yang lainnya dipilih kerajaan penjajah. Ini tidak memuaskan hati mereka yang memanggil pentadbiran penuh tempatan dalam sekurang-kurangnya hal domestik.

Seruan Merdeka merupakan satu saingan antara progressivisme dan radicalisme iaitu antara kerjasama dan permusuhan terhadap British. Barisan Pekerja pimpinan David Saul Marshall memenangi pilihanraya Singapura pada tahun 1955 secara tipis akan tetapi sifatnya sebagai seorang anti-penjajah menghalang sebarang kemungkinan kerjasama. Satu pungutan suara dimulakan pada tahun 1956 yang mengumpulkan sebanyak 167,000 — sebahagian besar pengundi pada masa itu dalam satu pungutan yang menyaran Merdeka.

Semasa Rundingan Merdeka 1956, tahun sebelum kemerdekaan Malaya, pihak British bersetuju memberi Singapura kerajaan sendirian berkenaan hal-hal tempatan, sementara British terus mengekalkan kuasa perbelanjaan dan ketenteraan. Ini memuaskan Marshall pada mulanya, tetapi tidak kemudian apabila British enggan memberi kawalan keselamatan dalam negeri kepada kerajaan tempatan. Pihak British merasakan Marshall tidak membuat tindakan yang cukup terhadap ancaman keganasan komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah memulakan Darurat Malaya. Dengan ini Marshall meletakkan jawatannya pada tahun 1956 dan sekaligus mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatannya sekiranya gagal memperoleh kemerdekaan.

Satu lagi pemimpin Barisan Pekerja, Lim Yew Hock mengambilalih sebagai Yang DiPertua Negeri Singapura dan meneruskan usaha untuk mencapai kemerdekaan. Lim kemudiannya berlaku kejam terhadap para komunis oleh sebab mahu menunjukkan bahawa pentadbirannya cenderung mengambil pendekatan tegas untuk melindungi keselamatan dalam negara. Dalam rusuhan sekolah menengah Cina 1956 lebih kurang sembilan ratus orang ditahan. Dengan memimpin satu delegasi yang termasuk banyak pemimpin Singapura daripada pelbagai parti politik, Lim telah berjaya memujuk pihak British untuk memberikan Singapura kemerdekaan dengan meminda Perlembagaannya pada tahun 1958 untuk membenarkan satu dewan perwakilan yang dipilih rakyat secara keseluruhannya yang mempunyai autonomi penuh terhadap perihal tempatan. Kerajaan ini terbentuk dengan pilihanraya Singapura 1959. Lim pula telah kalah pilihanraya ini oleh sebab tindakan kejamnya semasa pemburuan aktiviti komunis.

Republik Singapura (1965-sekarang)

Selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Singapura mula muncul sebagai kuasa perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.

Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew bersara daripada politik dan memberi kuasa pemerintahan kepada Goh Chok Tong. Pada tahun 2004 pula, Goh Chok Tong meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi laluan kepada anak Lee Kuan Yew iaitu Lee Hsien Loong untuk memerintah.

—————————————————————————————————————————————–

ISU-ISU BERTINDIH MALAYSIA vs SINGAPURA

Isu pertahanan Singapura cuba menceroboh Malaysia terutama ruang udara Malaysia yang dilalui jet-jet pejuang tentera Singapura. Banyak amaran diberikan kepada pihak Singapura tetapi sikap mereka sama seperti Israel dalam menceroboh Palestin. Adakah Singapura ingin jadi Isreal Cawangan Asia Tenggara.

Flag_of_the_Singapore_Armed_Forces.svg

Flag_of_the_Singapore_Armed_Forces.svg

Isu Pulau Batu Putih saya rasakan terlalu menampakkan ketidakadilan MahkamahTimbang Tara Dunia The Hague dalam menyebelahi pihak Singapura seolah banding mahkamah di padang tidak rata. Adakah Mahkamah Timbang Tara yang dikuasai Israel ini ingin membantu Singapura memiliki Pulau Batu Putih. Dari segi lokaliti kedudukan pulau tersebut memang terlampau jauh, tetapi mungkin faktor peguam negara Malaysia Abd Ghani Patail ini tidak membuat persediaan rapi untuk berdebat di The Hague yang belakangnya penuh dengan Israel.

pulau-batu-putih Malaysia VS Singapore

pulau-batu-putih Malaysia VS Singapore

Di bawah ini adalah gambar yang di bawa oleh pihak Singapura untuk ke banding Mahkamah Timbang Tara The Hague

pulau-batu-putih-paper-final-1_court picture

pulau-batu-putih-paper-final-1_court pictu

Isu Jambatan Bengkok Johor juga perlu kita ambil penting dalam mendepani maruah Malaysia untuk membuat jambatan boleh ubah yang dibuat separuh di Malaysia dan separuh di Singapura. Cadangan ini di bantah keras oleh Singapura sedangkan yang ingin dibina bengkok di kawasan Malaysia. Apa hak Singapura untuk membantah pembinaan tersebut. UMNO dan Kerajaan Malaysia seolah-olah kendur dalam tegas mereka untuk berdaulat di bumi sendiri.

jambatan-bengkok-johor singapura

jambatan-bengkok-johor singapura

GEOGRAFI SINGAPURA

Singapura didirikan berpaksikan sebagai koloni perdagangan Inggris pada 1819. Bergabung dengan Federasi Malaya pada 1963 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara merdeka.

singapore-geography map

singapore-geography map

Kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan antarabangsa yang kuat (pelabuhannya merupakan salah satu yang tersibuk di dunia) dan dengan PDB per kapita yang sama dengan negara maju Eropah Barat. Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota di Asia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692,7 km² dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor.

Zona perikanan eksklusif: dalam dan melampaui laut teritorial, seperti definisi dalam perjanjian dan praktik
laut teritorial: 3 mil laut (5,6 km)

Iklim: equatorial; panas, lembab, berhujan; tiada peristilahan musim hujan atau panas; hujan angin ribut disertai petir dan guruh terjadi pada 40% seluruh hari (67% hari di bulan April)

Daerah: tanah rendah; plato pusat berlembah memuat wilayah penangkapan air dan perlindungan alam

Perbezaan ketinggian:
titik terendah: Selat Singapura 0 m
titik tertinggi: Bukit Timah 164 m

LAMBANG SINGAPURA

Lion Fountain

Singapore Lion Fountain Symbol

Singapore Lion Fountain Symbol

Marina Bay Sands Building

Marina Bay Sands Building

Marina Bay Sands Building

Lew Kuan Yew

Lee Kuan Yew

Lee Kuan Yew

Lee Kuan Yew adalah Public Figure pengasasan Singapura.

Apa yang ingin saya rungkaikan di sini dalam mempertahankan Malaysia masyarakat Malaysia perlu bijaksana dalam memimpin Malaysia terutama pimpinan Malaysia perlu tegas dan tidak mudah tunduk pada kehendak Singapura. Singapura telah banyak menyakitkan kita Malysia. Adakah rakyat Malaysia masih ingin bangga dengan kemajuan Singapura. Sedangkan takut kelak tanah air Malaysia tergadai. Yang paling saya pandang serius adalah WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR. Bangkitlah rakyat Malaysia. Jadilah Rakyat yang bijaksana.Sekian. wasalam.

18 Jun 2011/ Damanhur, Mesir

amarjamaludin.wordpress.com