SISTEM SYURA – Sekilas penjelasan ringkas


Keunggulan dan matlamat asas pelaksanaan syura ialah kesemua anggota majlis syura atau sekarang dikenali dengan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, bersepakat untuk mencari kebenaran dan menggubal segala polisi dan d asar yang benar-benar menjamin kemaslahatan ummah. Majlis ini mestilah dianggotai orang yang berkelayakan sehingga dianggotai orang yang berkelayakan sehingga mencapai taraf mujtahid, warak serta takut kepada Allah. Sehingga segala dasar yang dibuat mencapai sasaran dan tujuan serta tidak bertentangan dengan ketentuanNya.

Sistem syura dapat mengelak daripada me lakukan kezaliman ketika menggubal sesuatu kezaliman ketika menggubal sesuatu polisi berkaitan dengan hak-hak rakyat. Jika ditinjau sistem demokrasi lebih banyak menentukan kekuasaan mutlak terletak di tangan suara majoriti ahli persidangan. Tanpa menekankan faktor takutkan Allah dan RasulNya. Suara majoriti berhak melakukan segala-galanya sehingga mengambil alih kuasa Tuhan. Implikasinya akan tumbuh segar segala kemaksiatan seperti pusat perjudian, rasuah, keruntuhan moral dan kezaliman politik.

Fenomena ini dapat dihindarkan jika umat Islam kembali mengamalkan sistem syura dan melantik pemimpin yang mempunyai kelayakan. Semoga penjelasan ringkas ini akan menambahkan minat kalian untuk lebih mendalami ilmu-ilmu Siasah Syari’iyyah khususnya dalam bab Sistem Syura VS Sistem Demokrasi.
Sila rujuk :

Buku Syura ; Prinsip Utama Sistem Pemerintahan Islam yang dikarang oleh Dr Abdullah Ahmad Qadiri

—————————————————————————————————————————————

Damanhur, Egypt/ 16 Jun 2011

amarjamaludin.wordpress.com