Bahasa & Sastera- Perkembangan Bahasa Slavik


Salam buat semua. Saya buka satu lagi skop baru dalam dunia penerbitan amarjamaludin.wordpress.com. Ianya berkisar dunia bahasa dan kesusasteraan seluruh dunia. Siri pertama ni lebih saya tumpukan berkaitan Perkembangan Bahasa Slavik. Saya rujuk kepada Wikipedia untuk paparan semua. Berikut adalah peta dunia perkembangan bahasa Slavik:

Peta Perkembangan Bahasa Slavik di Eropah dan Asia

Peta Perkembangan Bahasa Slavik di Eropah dan Asia

Bahasa-bahasa Slavik ialah satu subkumpulan bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh orang Slavik di

Cabang

Cendekiawan-cendekiawan membahagikan bahasa-bahasa Slavik kepada tiga cabang utama, dengan setiap cabang mempunyai subcabang:

Sesetengah ahli sains mempostulatkan bahawa terdapat juga cabang Slavik Utara; dialek Novgorod Lama merupakan salah satu saki-baki. Bagaimanapun, istilah “Slavik Utara” kekadang juga digunakan untuk menggabungkan bahasa-bahasa Slavik Barat dan Timur menjadi satu kumpulan yang berbeza daripada bahasa-bahasa Slavik Selatan.

Bahasa persuratan Slavik yang tertua ialah Slavik Gereja Lama yang kemudian berkembang menjadi Slavik Gereja.

Pembahagian tiga pihak bahasa-bahasa Slavik tidak mengambil kira dialek-dialek pertuturan bagi setiap bahasa. Dalam lingkungan itu, terdapat apa yang dipanggil dialek-dialek peralihan dan dialek-dialek kacukan yang merapatkan jurang-jurang antara berbagai-bagai bahasa, dan yang menunjukkan persamaan yang tidak begitu nyata ketika membandingkan bahasa-bahasa persuratan (iaitu bahasa piawai) Slavik.

Terdapat perbezaan-perbezaan yang mencukupi antara berbagai-bagai dialek dan bahasa Slavik untuk menyusahkan komunikasi antara penutur-penutur daripada berbagai-bagai bahasa Slavik. Perbezaan antara dialek-dialek dalam setiap bahasa Slavik amat berbeza; umpamanya, dialek-dialek Rusia tidak begitu berbeza, berbanding dialek-dialek Slovenia.

Bahasa-bahasa Slavik
Slavik Timur Belarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Carpathian) | Ruthenia † | Ukraine
Slavik Barat Czech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas
Slavik Selatan Bulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia
Lain-lain Slavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio 

Sumber Rujukan : Wikipedia

_____________________________________

amarjamaludin.wordpress.com

24 Januari 2011