Damanhur Anjur Lawatan Ke Giza dan Fayyoum


Salam. Pada minggu kedua bulan Februari 2011, pihak DPM Damanhur atau PMRAM Cawangan Damanhur akan menganjurkan lawatan ke wilayah Fayyoum dan Giza selama 2 hari. Bayaran boleh rujuk pihak DPM Damanhur dan lebih lanjut boleh tanya Ustaz Umar Saifuddin dan Ustaz Abdul Mukmin Alias.

Antara tempat-tempat menarik di Fayyoum seperti Kincir Air, Kebun Mangga, Tasik Qarun, Istana Qarun, Syalalat dan banyak lagi di sana.

Kincir Air Fayyoum

Kincir Air Fayyoum

Syalalat

Syalalat

Di Giza pula ada banyak tarikannya tapi ikutlah mana yang sempat. Insyaallah akan ke Kompleks Piramid di Giza yang mana terdapat Tiga Piramid Besar dan Patung Sphinx serta kalau ada kesempatan bolehlah berekreasi di Qanatir menaiki kapal persiaran menongkah air sungai Nil.

SPHINX

SPHINX

Kompleks Piramid di Giza

Kompleks Piramid di Giza

JOM PAKAT-PAKAT GI LAWATAN NI- lawati laman web rasmi DPM Damanhur:

dpmdamanhur.org