Bincang-Bincang Geografi-Russia


Assalamuaikum buat semua…..Bertemu lagi dalam artikel kedua saya berkaitan BINCANG-BINCANG GEOGRAFI….Saya masih ingat kalam orang-orang tua bahawasanya MINAT DAN KEMAHIRAN BERBEZA SAMA SEKALI…Saya pun tak tahu sama ada bidang Geografi ni MINAT saya atau KEMAHIRAN saya…Mungkin minat saya terhadap peta-peta dan atlas geografi…Dalam komputer saya penuh dengan lembaran-lembaran peta dunia. Mungkin ianya minat saya dalam bidang Geografi…Walaupun kerjaya yang saya impikan bukannya dalam dunia Geografi, kerana saya ingin menjadi usahawan dan jutawan Islam yang berjaya disamping mengembangkan ilmu-ilmu Fardhu Ain dan ilmu-ilmu Fardhu Kifayah yang lain….Doakan kejayaan saya..

Peta Russia

Peta Russia

Bendera Russia

Bendera Russia

Russia adalah sebuah negara yang terbesar di dunia. Kalau diukur pada keluasan negara Turki Uthmaniyah dulu jauh lebih besar kerajaan Turki Uthmaniyah di hadapan, tetapi setelah berpecah kerajaan Turki Uthmaniyah maka kerajaan yang besar selepas itu adalah Kerajaan Kesatuan Soviet atau lebih dikenali Soviet Union. USSR adalah antara nama singkatan penggunaan Soviet Union pada suatu ketika dahulu sebelum ianya runtuh berpecah menjadi Kerajaan Russia. Banyak negara-negara jajahan Soviet Union yang keluar dari kesatuan itu dan membentuk negara berkecuali dan merdeka antaranya seperti Ukraine, Slovakia, Republik Czech, Moldova, Kazakhstan, Afghanistan, Belarus, Estonia, Latvia, Poland, Lithuania, Georgia dan banyak lagi. Ada juga negara-negara bakal muncul untuk merdeka dari jajahan Russia seperti Chechnya dan beberapa tempat bergolak. Russia bersebelahan dengan Korea Utara, Tanah Besar China, Xinjiang (Turkistan), Monggolia, Kazakhstan, Jepun, Alaska (USA), Estonia, Ukraine, Georgia, Norway, Finland, Belarus, Lithuania, Latvia dan Poland. Ibu negara bagi Russia adalah Moscow dan bandar-bandar utama di Russia adalah Moscow, Saints Petersburg, Kaliningrad, Leningrad, Kazan, Rostov, Vladivostok dan Yekaterinburg. Russia bakal menganjurkan Piala Dunia 2018 setelah menewaskan calon-calon bidaan Piala Dunia 2018 yang lain seperti England,  Belanda & Belgium serta Sepanyol & Portugal. Tahniah Russia.

Map-Russia

Map-Russia

Walaupun Soviet Union telah berpecah, tetapi saki-baki tempat jajahan Russia yang berbaki cukup-cukup strategik dan berkepentingan besar, memang layaklah Russia dibandingkan dengan Amerika Syarikat sebagai Kuasa Besar Dunia sekarang. Kalau dilihat dari segi lokaliti dan geografi Russia terlalu strategik untuk berbagai kepentingan seperti Monopoli Laluan Air, Monopoli Tanah Jajahan, Monopoli Hasil Mahsul, Monopoli Sumber Tenaga Kerja, Monopoli Ruang Udara, dan banyak lagi.

Peta Laut Baltik

Peta Laut Baltik

Dalam Monopoli Laluan Air, Russia berada pada semua tempat perairan yang strategik seperti Wilayah Kaliningrad dan Wilayah Saint Petersburg yang berada di laluan Teluk Finland dalam perairan Laut Baltik begitu penting sebagai laluan air ke negara-negara Eropah Utara dan Atlantik seperti England, Sweden, Jerman, Denmark, Belanda, Belgium, Perancis, Sepanyol, Portugal, Scotland, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Peta Laut Hitam dan Laut Azov

Peta Laut Hitam dan Laut Azov

Seterusnya laluan air di Laut Hitam dan Laut Azov menjadi cabang laluan Selatan Russia untuk menghubungkan Russia dengan Turkey, Bulgaria, Romania, Greece, Italy, Mesir, Israel, Syria, Lebanon, Libya, Algeria, Tunisia, Maghribi, dan wilayah Atlantik. Laluan ini penting bagi Russia untuk memendekkan perjalanan ke Selatan Asia kerana berdekatan dengan Terusan Suez di Mesir. Laut Azov dan Laut Hitam begitu sinonim dengan penguasaan Empayar Turki Uthmaniyyah pada era emas Kerajaan Islam.

Caspian Sea Map

Caspian Sea Map

Laut Kaspia dan Laut Aral adalah laluan air yang tidak kurang pentingnya dari sudut perhubungan kerana menghubungkan Russia dengan Chechnya (bergolak), Azerbaijan, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, dan Kazakhstan walaupun wilayah perhubungannya kecil tetapi padat dan kaya dengan hasil galian petroleum di perairan Kaspia. Russia sudah fikir lama kenapa perlu dijajah wilayah perairan Kaspia. Begitulah otak mereka memikir. Tidak mengapa.

Laut Jepun yang berhampiran Korea Utara,Selatan,dan Jepun

Laut Jepun yang berhampiran Korea Utara,Selatan,dan Jepun

Laut Jepun yang berdekatan wilayah Vladivostok (Russia), Korea Utara, Korea Selatan dan Jepun merupakan laluan air yang cukup penting bagi Russia untuk ke Asia Tenggara, Taiwan, Hongkong, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Menjadi sekutu kuat China dan Korea Utara dalam kuasa politik, pertahanan dan perdagangan. Perairan Laut Jepun juga ada hasil petroleum tetapi tidak sebanyak di Laut Kaspia. Sejarah telah menunjukkan Perairan dan Dataran yang banyak hasil mahsul petroleum adalah di kawasan Umat Islam seperti di Laut Kaspia, dan Russia menumpang keberkatan Islam di perairan itu. Yang rosaknya umat Islam tidak menyedari sejarah Petroleum ini, apatah untuk mensyukurinya malahan berpakat dengan negara musuh umat Islam seperti Arab Saudi.

Kawasan Hasil Mineral di Russia

Kawasan Hasil Mineral di Russia

Emas, Plutonium, Uranium, Petroleum dan Arang Batu sudah semestinya hasil yang utama di Russia. Wilayahnya cukup besar tetapi nilai matawangnya tidak setinggi nilai matawang Kuwait, England (pound sterling) dan Euro. Mungkin faktor spekulator matawang dunia yang dikuasai Israel memainkan peranannya untuk mengubah sistem kewangan dunia. Kisah Nuklear Iran dan Korea Utara begitu heboh diperkatakan dunia media pro Israel dan pro Amerika tetapi tidak pulak mereka lihat yang Russia adalah kuasa nuklear yang utama di dunia ini. Yang disorokkan juga adalah pembinaan rahsia nuklear di Israel juga disenyapkan kerana Israel menguasai kepentingan politik dunia dan media massa dunia ini. Malaysia kena berubah, Umat Islam kena berubah. Kita perlu kuasai semua bidang utama di dunia ini… Jangan hanya nampak KESAN JANGKA MASA PENDEK tetapi KESAN JANGKA MASA PANJANG.

Sekian dari saya. Wasalam.

amarjamaludin.wordpress.com

20 Januari 2011