Pelihara Ikan Akuarium Siri 1-Ikan Arowana


Ikan Arowana keluarkan toksid yang tinggi

arowana

arowana

PEMELIHARAAN spesies arowana sering mendapat perhatian ramai yang menyifatkan spesies ini memiliki keunikan tersendiri serta warnanya yang terang mampu menarik perhatian penggemarnya.Namun begitu, perlu diingatkan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk menyediakan tempat yang selesa bagai pemeliharaan spesies ini selain saiz akuarium yang sesuai, sekurang-kurang tiga kali saiz ikan itu, tumbuhan yang diletakkan, kebersihan serta peralatan penapisan sesuai.Faktor penting ialah tahap pH air pada bacaan 6.0 – 7.0 untuk memastikan ia berada dalam keadaan masam sesuai dengan habitat ikan pada keadaan asalnya di kawasan air tawar.

arowanas and aquarium

arowanas and aquarium

Selain itu, suhu air juga perlu dikekalkan pada tahap 26 – 30 darjah selcius dan perlu dielakkan daripada perubahan suhu mendadak kerana ia boleh menjadi kejutan pada ikan yang boleh mengakibatkan kematian.Suhu tinggi boleh menyebabkan bahagian penutup insan bergulung atau terangkat ke atas dan ini pasti mengganggu keselesaan ikan dan sekali gus mampu menjejaskan tahap kesihatannya.
Arowana antara spesies yang mengeluarkan kotoran mampu mencemar air kerana toksid yang dikeluarkan mengandungi nitrogen tinggi menyebabkan kandungan amonia dan nitrat turut meningkat.Oleh itu, sistem penapisan yang baik diperlukan untuk menjamin tahap kebersihan dan pencemaran air dapat dikekalkan, manakala air perlu diganti setiap minggu pada kadar 25 hingga 30 peratus bagi setiap kali penukaran air.
arowana dan anak-anaknya

arowana dan anak-anaknya

Anda juga boleh mengganti air dua kali seminggu pada tahap 20 peratus bagi setiap gantian dan pastikan tahap pH serta air turut dikekalkan dalam proses penukaran itu untuk memastikan tidak berlaku kejutan terhadap ikan.Kegagalan untuk mengekalkan tahap suhu air dan pH ketika proses menukarkan air sering menjadi punca berlaku keadaan tidak selesa akhirnya menyebabkan ikan mudah mati.
Petikan dari blog: pancingngail.blogspot.com
amarjamaludin.wordpress.com
19 Januari 2011