Jelajah Senibina Dunia-Stadium Sapporo Dome


Di sini ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat semua salah satu minat saya semenjak kecil berkaitan bidang rekabentuk  senibina dan landskap. Allah takdirkan saya ke bidang agama Jurusan Syariah Islamiah dan kini menuntut di tahun akhir Universiti Al-Azhar As-Syarif Cawangan Damanhur. Tidak salah untuk saya kongsi bidang ini walaupun saya di bidang agama. Nanti akan saya kongsi lagi minat-minat saya yang lain. Masih terngiang-ngiang kalam orang-orang tua bahawasanya “MINAT DAN KEMAHIRAN BERBEZA”. Takpelah beralih ke topik kita iaitu Stadium Sapporo di Wilayah Toyohira Ku, Sapporo, Utara Jepun.

sapporo_dome

sapporo_dome

Senibina stadium ini cukup indah dan fleksibel serta persekitarannya yang kondusif. Digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pertandingan bola sepak Liga J dan Piala Dunia 2002 KoreaJapan, Hoki Ais, Baseball, Badminton, Volleyball, konsert muzikal, dan banyak lagi.Berkapisiti 67400 setelah siap ubahsuai pada tahun 2009. Mula secara rasmi dibuka pada tahun 2001 menjelang tahun penganjuran Piala Dunia FIFA 2002.

 

Padang Fleksibel Beroda Automatik Sapporo Dome

Padang Fleksibel Beroda Automatik Sapporo Dome

Padang berumput yang ada di stadium ini mempunyai papan roda automatik untuk berpindah masuk dan keluar dari dalam stadium ke luar stadium untuk mengikut kegunaan aktiviti. Kalaulah Malaysia juga boleh meniru corak senibina ini pasti banyak kelebihan dan keuntungan kepada pihak pemaju dan perbadanan stadium. Pernah pada tahun 2010 Menteri Belia dan Sukan Malaysia , Dato Shaberi Chik mencadangkan projek stadium seperti ini agar tidak berlaku masalah ketidakseimbangan kuantiti stadium serta kualiti stadium yang sedia ada di Malaysia. Yang penting tekan kualiti pembinaan dan jangan jadi seperti Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya. Malu kerajaan nanti.

Pemandangan Dalam Sapporo Dome

Pemandangan Dalam Sapporo Dome

Perician Maklumat Berkaitan Sapporo Dome

  • Nama: Sapporo Dome
  • Kapasiti Stadium : 67, 400/55, 900
  • Pasukan Tuan Rumah : Consadole Sapporo, Hokkaido Nippon Ham Fighters
  • Tarikh Siap : March 2001
  • Lokasi Stadium: Sapporo City, Hokkaido, Japan
  • Building Area: 53,800 m² Total Floor Area:(Open Arena) 92,453 m²
  • Roof Diameter: 245 m Stand Inclination: Max. 30° angle
  • Architect: Hiroshi Hara

Sekian,

amarjamaludin.wordpress.com

19 Januari 2011