Bumi Damanhur Yang Ku Langkahi


Tiba pada Oktober 2007 disambut ceria oleh barisan adhoc USMB PMRAM BKAN DPM Damanhur serta menerima layanan baik dari pihak penyambut DPM Damanhur… Tika itu pelbagai persoalan yang timbul dalam pemikiran dan hatiku….Takpe ku layan je perasaan apakala diri terlalu penat, ku biarkan pertanyaan berlalu begitu sahaja. Mungkin gamaknya omongan BANDAR DALAM TAMAN menyebabkan angin bayu Damanhur membelai ku untuk tegap dan kukuh bersama Damanhur…

Al-Azhar Damanhur memang menggerunkan pada awalnya, maklumlah pelbagai bijak pandai yang berkumpul untuk saling memperkukuhkan asahan ilmu masing- masing di bumi Damanhur ini. Ramai ulama kat bumi Damanhur ni tapi halangan keselamatan Mesir meminimumkan usaha ku untuk bertalaqqi…malas agaknya…Kena rajin lepas ni insyaallah.

Mari kita layan sikit lembaran gambar yang sekelumit padi….hanya ini yang dapat ku tatapkan buat kalian dalam sekelumit kesempatan masa yang ada ini. GAMAKNYA kena cari gambar yang best-best lagi lepas ini. Insyaallah

Peta Damanhur

Peta Damanhur

Damanhur ini nama ibu negeri bagi negeri Buhairah. Bandar-bandar besar yang dekat dengan Damanhur adalah seperti Alexandria, Kafr Syeikh, Tanta, dll.

 

Al-Azhar Assyarif Damanhur

Al-Azhar Assyarif Damanhur

Damanhur bersebelahan dengan wilayah Kafr Syeikh, Dasouq dan Alexandria

 

Sungai Nil- Dasouq

Sungai Nil- Dasouq

damanhur sewaktu cerahan fajar

damanhur sewaktu cerahan fajar

Masjid Syeikh Muhd Ibrahim Ad-Dasuqi

Masjid Syeikh Muhd Ibrahim Ad-Dasuqi

amarjamaludin.wordpress.com

19 Januari 2011