Bincang-Bincang Geografi-Mesir


Assalamuaikum wbt. Lama sungguh tidak berkarya. Moga tahun 2011 ini ada kesempatan saya untuk menulis dalam blog ini.

Ingin saya berkongsi minat saya terhadap bidang geografi yang begitu saya minati sejak sekolah rendah lagi. Hari ni rasanya perlu saya buka perbincangan berkaitan lokaliti Mesir.

Peta Mesir/Laut Mediteranean/Laut Merah/dll

Peta Mesir/Laut Mediteranean/Laut Merah/dll

Mesir adalah sebuah negara yang sangat strategik untuk urban planning, ekonomi, politik, pendidikan, perdagangan, pertahanan, dan penyebaran agama. Mesir bersebelahan dengan Kerajaan Haram Israel, Sudan, Palestin, Jordan, Libya, dan Arab Saudi. Mesir adalah pusat ketamadunan yang antara terawal di dunia Sebelum Masihi (SM). Pelbagai kisah ketamadunan manusia yang berlaku di bumi Mesir. Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Zulaikha, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Khaidir, Firaun, Haman, Asiah dan banyak lagi yang terkandung dalam bumi Mesir ini.

Kita cuba lihat mengapa Mesir ingin dijajah oleh tentera Non Muslim sejak dahulu lagi? Kedudukan dan kepentingan Mesir adalah menguntungkan pihak yang berjaya memilikinya. Cuba kita lihat dengan kewujudan Suez Canal yang dibangunkan syarikat Perancis hingga akhirnya muflis seterusnya bertukar milik kepada kerajaan Mesir. Terusan Suez menjadi laluan air yang utama di sekitar benua Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan. Laluannya bermula dari Port Said (Laut Mediteranean) hingga ke  Bandar Suez (Teluk Suez-Laut Merah). Keuntungan cukai daripada kapal-kapal yang berlabuh di Terusan Suez memberi pulangan jutaan pound yang menguntungkan kepada kerajaan Mesir.

Suez-Canal

Suez-Canal

Terusan Suez juga menjadi laluan kapal-kapal selam dan kapal pengangkut yang berkuasa nuklear untuk menyerang dan menghancurkan negara Islam. Wajarkah?

Kapal selam di Suez Canal

Kapal selam di Suez Canal

Kedudukan perairan laut Mesir begitu strategik sehinggakan pemerintah terlupa bahawasanya Mesir itu sebuah negara Islam yang strategik di mata musuh Islam. Laut Mediteranean di sebelah utara Mesir yang menghubungkan Mesir dengan Itali, Perancis, Syria, Turkey, Greece, Sepanyol, Malta dan banyak lagi. Laut Merah bagi perairan Mesir boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Laut Merah Induk, Teluk Suez dan Teluk Aqabah yang menghubungkan Mesir dengan Arab Saudi, Sudan, Eriterea, Djibouti, Habshah@     ( Ethopia), Somalia, Kenya, Yemen dan banyak lagi.

Laut Mediteranean

Laut Mediteranean

Kalau kita bicarakan soal Sungai dan pengairan air mentah di Mesir sudah pastilah kita dapat bayangkan betapa sinonimnya nama Sungai Nil dengan Masyarakat Mesir.

the_nile_river-map

the_nile_river-map

Sungai Nil adalah berindukkan negara dari Afrika Tengah seperti Tanzania, Uganda, Sudan dan Habsyah. Kalau dilihat dari gelen paduan air yang banyak dialirkan dari negara pergunungan Uganda dan Habsyah. Menjadi dua cabang sungai utama iaitu di Sudan- Blue Nile dan White Nile. Hingga menjadi satu cawangan di Khartoum,  Sudan sehingga melalui wilayah Kaherah , Mesir berpecah menjadi  dua cawangan utama yang menghala ke Dumyat(Dammietta) berdekatan Port Said dan Rasyid (Rosetta) berdekatan Iskandariah dan Damanhur sehingga bertemu Laut Mediteranean di utara Mesir.

nile-Pelancongan, Perikanan, Pengaliran dan Pengairan

nile-Pelancongan, Perikanan, Pengaliran dan Pengairan

Sungai Nil diempang di Aswan sehingga membentuk Tasik Aswan yang besar dan indah serta menjadi tempat tumpuan pelancong-pelancong asing di sekitar Aswan dan Abu Simbel.

abu-simbel dan sungai nil

abu-simbel dan sungai nil

Mungkin pengisahan berkaitan nil panjang kalau nak dikisahkan di sini.  Saya beralih ke bidang pendidikan, sudah pasti nama Universiti Al-Azhar Kaherah, Iskandariah, Damanhur, Tanta, Zaqaziq, Mansurah, Dumyat, Shoubra dll menjadi perbualan. Sejarah Al-Azhar dalam mengepalai bidang pendidikan memang tak dapat dinafikan lagi. Bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pengurusan, Kejuruteraan dan Al-Quran menjadikan Al-Azhar pusat gedung ilmu yang terulung di dunia. Bukan dinafikan tempat-tempat lain. Yang penting walau di mana pun kita belajar hendaklah rajin dan bersungguh-sungguh serta tidak malas di samping menjaga adab-adab menuntut ilmu.

Azhar  cairo

Azhar cairo

Apalah yang hendak dibanggakan pada pembangunan kalau tidak dibangunkan seiring dengan pembangunan pembentukan masyarakat yang Islami. Pembangunan di Mesir boleh dikatakan pesat juga seperti di pusat-pusat bandar utama seperti Kaherah, Iskandariah, Ismailia, Suez, dan Port Said. Tempat-tempat lain bersifat pola pembangunan sederhana yang menumpukan sektor pelancongan dan perumahan golongan pertengahan. Antara bangunan-bangunan yang menarik boleh kita lawati adalah seperti Piramid Giza dan Patung Sphinx, Menara Kaherah, Salahuddin Ayub Citadel, Cairo World Trade Center, Hotel-Hotel terkenal dan semuanya yang saya sebutkan tadi di kaherah . Ini belum termasuk di tempat-tempat lain seperti Colloseum dan Perpustakaan Gergasi di Iskandariah, Abu Simbel di Aswan dan banyak lagi. Lapangan terbang Kaherah sudah bertukar wajah baru.

cairo-airport

cairo-airport

library-alex

library-alex

Sphinx_and_Pyramid

Sphinx_and_Pyramid

Banyak lagi yang boleh kita kongsi berkaitan kisah Mesir tapi di lain waktu boleh kita berkongsi lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut datanglah ke bumi Mesir. Pastikan passport dan Visa anda berfungsi.

 

AMAR JAMALUDIN/ 18 Januari 2011

DAMANHUR, BEHERA, EGYPT