Menegur ada tata susilanya


PETIKAN ARTIKEL DARI BLOG PILIHAN………….

Oleh: PakYed

Latar belakangRamai di antara kita suka membuat teguran apabila berlaku suatu kesilapan atau kesalahan. Ini satu budaya yang baik. Cuma kadang- kadang kita overboard bila menegur. Tujuan menegur sepatutnya ingin menyelesaikan kesilapan dan memperbetulkan yang salah. Menegur kerana perasaan kasih-sayang sesama saudara kita berpedomankan perintah Allah ‘nasihat menasihati di atas perkara-perkara kebenaran dan kesabaran’.

Amat malang apabila kita menegur dengan cara menjatuhkan air muka orang, mengaibkan orang, memperlekehkan orang serta menyerang peribadi orang. Sepatutnya kita bersama-sama memupuk perasaan kasih sayang. Tetapi kerana kita bertindak mengikut ego dan emosi maka yang bercambah ialah budaya benci membenci dan budaya batu api.

Saya ingin memetik nasihat Dr Yusof al Qaradhawi dalam bukumya ‘Kebangkitan Islam – di antara Penentangan dan Ekstremism’ (terjemahan 1998) – satu kitab yang biasa dijadikan rujukan usrah ahli gerakan Islam masa lalu – mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada saya khususnya dan juga sahabat-sahabat yang ingin mengambil pengajaran.

Petikan sebahagian dari nasihat Dr Yusof Al-Qaradhawi

Quote:

Al Imam al Ghazali menulis di dalam kitabnya ‘ Al-Amr bi al Ma’ruf wa al-Nahi ‘an al Munkar’: ” Seseorang yang berusaha menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar sepatutnya melakukanyan dengan penuh kasih sayang, simpati dan kebijaksanaan. Untuk menggambarkan perkara ini, beliau (Imam Ghazali) membawa satu kisah tentang seorang yang telah datang berjumpa dengan al-Ma’mum, khalifah di era Abbasiyah, lalu menasihati baginda dengan cara kasar tanpa memperdulikan status baginda sebagai khalifah. Al-Ma’mum yang juga mempunyai ilmu lalu mencelah: “Bercakaplah secara lebih lembut. Ingatlah Allah telah mengutuskan orang yang lebih baik daripada kamu kepada raja yang lebih teruk daripada aku, dan Dia memerintahkan supaya orang itu bercakap dengan lemah lembut. Dia telah mengutuskam Nabi Musa dan Harun yang jauh lebih baik daripada kamu kepada Fir’aun yang jauh lebih zalim daripada aku dan memerintahkan mereka:

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampau batas. Maka bercakaplah kamu berdua kepadanya dengan ucapan yang lemah lembut mudah-mudahan dia ingat atau takut” (Maksud Al Quran Surah Taha: 43&44)

Unquote

Harapan

Menjadi harapan dalam kita berforum ini atau di mana saja supaya kita sama-sama menyuburkan budaya nasihat menasihati di atas dasar kasih sayang untuk membantu sesama kita menghindar dari kemurkaan Allah.

Wallahu a’lam.