MEMBINA ORGANISASI PEMBELAJARAN-Siri 1


MEMBINA ORGANISASI PEMBELAJARAN

Definisi organisasi pembelajaran ialah-

  1. Keupayaan organisasi memaksimumkan penggunaan potensi sumber manusianya bagi meningkatkan kualiti-NANCY DIXON 1994
  2. Organisasi pembelajaran adalah falsafah bagi penglibatan dan tindak balas pada perubahan situasi kompleks dan ketidaktentuan- MALHOTRA 1996
  3. Organisasi pembelajaran bukan hanya berkemampuan untuk pembelajaran tetapi juga belajar cara untuk belajar. Organisasi ini bukan hanya boleh menjadi kompeten, tetapi kekal kompeten.-SWIERINGA dan WIERDSMEN 1992
  4. Organisasi yang dapat meningkatkan pengetahuan tenaga kerjanya melalui pembelajaran secara berterusan bagi memperbaiki organisasi itu sendiri dari semasa ke semasa -PEDLER, BURRGOYNE dan BOYDEL 1991
  5. Organisasi yang tenaga kerjanya terus berkembang daripada segi keupayaan bagi mewujudkan keputusan yang dikehendakinya, corak pemikiran baru, perkongsian aspirasi secara kolektif dan tenaga kerja belajar secara berterusan.-SENGE 1991

Pernyatan definisi ini mungkin sebagai salah satu isi penting yang perlu ada dalam sesebuah organisasi pembelajaran tetapi mungkin saya boleh simpulkan di sini bahawa dalam sesebuah organisasi yang mempunyai dasar-dasar yang ingin masing-masing tegakkan seperti kebajikan, dakwah, bahasa, ekonomi dan perniagaan, Islam, politik dan sebagainya tetapi yang paling penting adalah diselitkan dalam setiap dasar sesebuah organisasi tentang konsep ORGANISASI PEMBELAJARAN.Organisasi pembelajaran begitu menekankan budaya ilmu di dalam proses gerak kerja organisasi tersebut. Jangan hanya dasar sahaja yang diutamakan tetapi juga silibus pembelajaran perlu disisipkan dalam menggerakkan dasar bagi sesebuah organisasi tersebut…..

Bersambung dalam siri yang ke 2

AMAR BIN JAMALUDIN 26 Disember 2009