PENANAMAN ANGGUR DI MALAYSIA


Sistem Penanaman Anggur

Sistem Penanaman Anggur

SEJARAH RINGKAS ANGGUR

Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari
Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000
SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama
kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia
kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut
Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.
Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan
tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia
termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan
Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia, Malaysia dll disebut
anggur.

PENANAMAN ANGGUR DI MALAYSIA

Bermulanya penanaman anggur di Malaysia secara rasminya pada awal tahun 1980an melalui kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Pertanian Malaysia. Pada tahun 1986, UPM telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi memulakan penanaman anggur di negeri tersebut. Lokasi ini dipilih kerana negeri Perlis mengalami cuaca kemarau/kering selama lebih kurang 3 bulan dan keadaan ini amat sesuai bagi penanaman anggur. Seterusnya pelbagai penyelidikan telah dan sedang dijalankan bagi meningkatkan kualiti penghasilan buah anggur ini.

Ladang Anggur Terawal di Malaysia

Ladang Anggur Terawal di Malaysia

Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak
beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam
disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh
mencecah sehingga RM25/polibeg. Antara tempat-tempat penanaman anggur di Malaysia seperti di Ladang Anggur Tasik Beris,Sik Kedah, Perlis, Sitiawan Perak, Jeram Selangor dan Johor. Walaubagaimanapun, ramai yang
hanya pandai menanam tetapi tidak ramai yang tahu cara
pengurusan yang betul untuk menghasilkan buah yang baik dan
pengeluaran hasil tinggi.

Anggur di Malaysia
Anggur di Malaysia

JENIS ANGGUR YANG SESUAI DITANAM DI MALAYSIA

Mengikut maklumat yang diberikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia antara klon-klon anggur yang sesuai ditanam di tanah Malaysia adalah seperti

  • Black Opal
  • New White Malaga
  • Black Queen
  • IAC
  • Kyoho
  • Green Peerliet

MASALAH-MASALAH PENANAMAN ANGGUR DI MALAYSIA

  • Hujan dan ribut petir yang berlebihan yang mana diperlukan penahan air hujan
  • Tanah subur tetapi terlampau lembab
  • Serangan serangga
  • Penyakit seperti antranoks, karat, dan Kulapuk Downy antara yang biasa menyerang tanaman anggur.
  • Sistem tanaman yang silap.

————————————————————————————————–

Sistem Tanah untuk penanaman anggur di Malaysia

Sistem Tanah untuk penanaman anggur di Malaysia

HAJAT BESAR SAYA PADA SUATU HARI NANTI UNTUK MENGUSAHAKAN LADANG ANGGUR DI KAMPUNG SAYA INSYAALLAH….

anggur new white malaga

anggur new white malaga

Sumber rujukan…

Jabatan Pertanian Malaysia,Kedah Agro Holdings dll.

———————————————————————————–

amarjamaludin.wordpress.com

Damanhur/ Mesir/ 17 Ogos 2011

About these ads