GEOGRAFI- Kenali Negara Haram Israel


Assalamualaikum wbt. Sambungan BINCANG_BINCANG  GEOGRAFI kali lebih tertumpu kepada penerokaan berkaitan Negara Haram Israel. Mungkin fakta yang saya nyatakan ini tidak seberapa tetapi moga-moga ia boleh dijadikan pengetahuan kita tentang Israel dan perkaitannya dengan Palestin. Tajuk cukup rumit untuk dirungkai kerana banyak sumber maklumat diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu, tambahan pula saya tidak mengiktiraf Israel sebuah negara yang halal berdaulat tetapi ISRAEL sebuah negara HARAM dari kedaulatannya. Maklumlah dunia ini bangsa Bani Israel yang beragama Yahudi sedang bermaharajalela dengan pegangan kekuasaannya dalam pelbagai sektor-sektor terpenting di dunia contohnya media, perkomputeran, pentadbiran negara, hatta ilmu-ilmu sekular yang kita belajar di dunia ini pun banyak telah digubal oleh pemikir-pemikir Bani Israel dan Kristian. Yang jelas mereka ini begitu berdendam dengan Umat Islam. Mereka ini tidak akan redha terhadap umat Islam yang berkuasa di sana-sini sehinggalah umat Islam ikut telunjuk Yahudi Israel dan Kristian. Kalimah pengganas ditohmah bertalu-talu kpd umat Islam sedangkan pengganas yang sebenar-benarnya adalah Bani Israel laknatullah. Lihatlah pelbagai pembunuhan yang dilakukan Isreal dengan sewenang-wenangnya demi menegakkan Negara Haram Israel. Bermula dari kisah Karl Max, Theodore Herzl, Ariel Sharon, Ehud Barak, Ehud Olmert, Benjamin Netanyahu dan Shimon Peres semuanya berperanan dalam pembentukan Negara Haram Israel.

Kedudukan Negara Haram Israel dan Jiran sebelahnya

Kedudukan Negara Haram Israel dan Jiran sebelahnya

Negara Haram Israel terletak betul-betul di pertengahan antara Benua Asia Barat, Afrika Utara dan jauh di bawah Selatan Eropah. Selain Palestin, Israel bersempadan dengan Jordan, Mesir, Syria, Lebanon dan berdekatan dengan Arab Saudi dan Cyprus. Israel berperairankan Laut Mediteranean, Laut Mati, Laut Galilee, Teluk Aqabah dan Tasik Hula@ Tasik Semechonitis. Ibu Negara pertama bagi Israel ialah Tel Aviv tetapi baru-baru ini seolah-olah ada perancangan dari Parlimen Israel untuk mengubah ibu negara ke Jerussalem. Antara bandar-bandar besar yang ada di Israel ialah Haifa, Askelon, Jericho, Nazareth, Bettlehem,

Sea of Galilee aka Tasik Tabariah Sumber Air Mentah Israel

Sea of Galilee aka Tasik Tabariah Sumber Air Mentah Israel

Air terjun bukit Golan

Air terjun bukit Golan

Setelah kemasukan secara rasmi bangsa Israel laknatullah ke bumi Palestin pada tahun 1946 pelbagai ragam pembunuhan dilakukan oleh Israel untuk menjajah keseluruhan tanah Negara Halal Palestin. Perancangan untuk menjajah Palestin ini sudah dirancang rapi berpuluh tahun sebelum 1946 lagi terutamanya selepas kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Berbagai-bagai tawaran yang diberikan kepada Khalifah-Khalifah Turki Uthmaniyyah supaya melepaskan tanah Palestin kepada Bangsa Israel Laknatullah. Tetapi ditolak bulat-bulat oleh Khalifah-Khalifah ketika itu. Sehingga perancangan disusun oleh Theodore Herzel untuk menjatuhkan Empayar Turki Uthmaniyyah dengan mempengaruhi tentera Turki menggunakan Kamal Attaturk yang merupakan watak utama tentera Turki ketika itu sehinggalah runtuh Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1922 secara tidak rasmi dan rasmi pada 1924. Akhirnya kesatuan Eropah dan Inggeris telah bersetuju untuk menjalankan usaha sama dengan gerakan Freemasonry yang dikepalai tokoh-tokoh Yahudi. Akhirnya gerombolan Bangsa Israel beragama Yahudi masuk ke tanah Palestin pada tahun 1946.

Peringkat-Peringkat Penjajahan Israel ke atas Palestin

Peringkat-Peringkat Penjajahan Israel ke atas Palestin

Map_of_Occupation_Palestinian

Map_of_Occupation_Palestinian

Cuba lihat pelbagai peringkat penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin. PBB dan EU dipergunakan untuk menghalalkan matlamat Israel menjajah dan merampas tanah Palestin. Mungkin elok saya beralih ke perbincangan yang lain berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan Israel menjajah Palestin :

  • Faktor Tanah yang Dijanjikan Allah- Fakta ini digunakan oleh Israel sebagai hujahnya bahawasanya tanah Palestin adalah milik Bangsa Israel pada kurun lamanya sewaktu zaman mereka bersama Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf dll.
  • Faktor Dendam yang membara terhadap umat Islam sejak zaman Nabi Muhammad dan sehingga sekarang.
  • Faktor bangsa Israel  merempat tanpa mempunyai tanah dan negara.
  • Faktor kedudukan Palestin yang cukup strategik dari sudut Geografi dan hasil bumi
  • Faktor sejarah-sejarah perjalanan hidup bangsa Israel ada di Palestin. Menguasai Palestin bermakna menguasai dunia kerana ketamadunan Palestin yang cukup tua dan berkait-rapat dengan rahsia-rahsia bangsa Israel.
  • Faktor kelemahan umat Islam di dunia dalam mempertahankan Palestin setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
1946- Nisbah Arab dan Israel ketika tempoh penjajahan Palestin

1946- Nisbah Arab dan Israel ketika tempoh penjajahan Palestin

Israel dipenuhi dengan kesan-kesan Sejarah yang cukup banyak dan banyak kesan-kesan yang berhubungkait dengan bangsa Israel cuba mereka hilangkan satu persatu kerana mereka malu yang amat sangat jika kisah aib mereka ini digembar-gemburkan oleh masyarakat dunia. Antara yang ingin mereka sorokkan ialah berkaitan kisah Bukit Golan.

RAHSIA BUKIT GOLAN, PERGUNUNGAN MAGEDDO, PERGUNUNGAN MOAB@MOHAB DAN EDOM

Merujuk kepada buku Armageddon Peperangan Di Akhir Zaman karangan Ir Wisnu Sasongko yang berasal dari Indonesia dengan berhujahkah dalil Al-Quran, Hadith, Injil dan Taurat beliau cuba rungkaikan berkaitan kisah pergunungan di Utara Palestin iaitu Israel yang bakal menjadi tempat terjadinya Peperangan Besar Di Akhir Zaman. Mungkin sahabat-sahabat boleh rujuk buku tersebut untuk kepastian lanjut. Kawasan Utara Israel ini merupakan tempat yang cukup strategik untuk persediaan peperangan dan pihak Israel cukup mengambil berat tentang kawasan tersebut agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi Armageddon nanti. Kalimah Ar bererti bukit atau gunung dan kalimah Mageddo merupakan sebuah kawasan pergunungan di utara Israel melingkungi Haifa sehingga ke Tasik Galilee hingga ke Bukit Golan hingga ke Pergunungan Moab. Jangan kita hanya spesifik perkataan hanya untuk Mageddo sahaja, kerana beberapa hadith ada menjelaskan tentang ciri-ciri tempat Armageddon tersebut. MAGEDDO boleh kita simpulkan meliputi Wilayah Mageddo, Haifa, Samaria, Tiberias ( Sea of Galilee,Tasik Hulah, Lower Galilee dan Upper Galilee), Golan Heights (Syria), Sungai Jordan, Pergunungan Edom dan Pergunungan Selatan Lebanon. Kawasan ini walaupun berpadang pasir tetapi subur dan terdapat pokok-pokok serta padang rumput yang disuburi dengan danau.

Beza Ketinggian Sea of Galilee dengan Golan Heights

Beza Ketinggian Sea of Galilee dengan Golan Heights

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.Riwayat Al Bukhari

Kedudukan Bukit Golan

Kedudukan Bukit Golan

Pernahkah kita terfikir kenapa Bangsa Israel seolah-olah mengelupur-mengelejat apabila kita lihat sikap mereka dalam merebut sesuatu tempat di Palestin, Mesir, Jordan, Lebanon dan Syria. Cuba kita bayangkan kenapa mereka mahukan Bukit Golan di Syria? Kenapa mereka mahukan Tyre di Selatan Lebanon Utara Israel? Kenapa Israel cuba menjajah Semenanjung Sinai di Timur Mesir dan kenapa Israel mahukan Palestin?

Kenapa mereka tidak menjajah Uganda, Brazil atau tempat-tempat lain?

———————————————————————————

Sea of Galilee aka Tasik Tabariah

Sea of Galilee aka Tasik Tabariah

SEDIKIT KISAH BERKAITAN SEA OF GALILEE DAN KEMUNCULAN DAJJAL

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

 

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

 

 

KEISTIMEWAAN DAJAL

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud,“Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

 

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

 

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab,“Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

 

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

 

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

————————————————————————————–

Laut Kaspia dan kawasan Sekelilingnya

Laut Kaspia dan kawasan Sekelilingnya

Berkaitan hadith tentang Dajjal keluar dari Khurasan dan Isfahan….Kedua tempat ini di kawasan Iran yakni Parsi…berkemungkinan tempat tinggal Dajjal di sebuah pulau yang berperairankan Laut Kaspia yg bersempadankan Iran, Azerbaijan, Turkemenistan, Kazakhstan, Russia, Chechnya atau perairan Teluk Parsi, Selat Hormuz dan Teluk Oman yg mana bersempadankan Iran, Arab Saudi, UAE, Oman,Kuwait, Iraq, Qatar,dan Bahrain ….Kalau kita lihat pada hadith yg menyatakan Dajjal berada di Laut Syam dan Laut Yemen berkemungkinan besar Dajjal berada di pulau berperairankan Laut Mediteranean, Laut Merah, Laut Arab dan Lautan Hindi…Tetapi kalau hadith berkaitan Khurasan dan Isfahan di atas..yg paling terdekat adalah pulau berperairankan Laut Kaspia, Teluk Parsi dan Teluk Oman ..Besar kemungkinan tidak di Bermuda Triangle. Mungkin betul atau silap maklumat ini, YG PENTING KITA SENTIASA BERDOA DAN BERSEDIA DLM MENGHADAPI FITNAH DI AKHIR ZAMAN INI. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi Musuh-Musuh kita. Adakah kita masih terleka dengan dunia.. Kita masih tidak sedar bahawasanya kita sedang dipijak oleh Yahudi dan Nasrani. Kalau Dajjal keluar ketika ini MAMPUKAH KITA BERHADAPAN DENGAN FITNAH DAJJAL..MAMPUKAH KITA BERIMAN KEPADA ALLAH KETIKA ITU…Fikirkanlah semuhasabahnya. Saya muhasabah diri saya.

Kedudukan Khurasan dan Isfahan dekat Laut Kaspia, Teluk Parsi, Teluk Oman,Laut Arab dan Selat Hormuz

Kedudukan Khurasan dan Isfahan dekat Laut Kaspia, Teluk Parsi, Teluk Oman,Laut Arab dan Selat Hormuz/ Mungkinkah pulau Dajjal di sekitar perairan ini. Waallah a'lam.

Rujukan saya :

  • Buku Armageddon Peperangan Di Akhir Zaman- Ir Wisnu Sasongko
  • Blog-blog terpilih
  • Buku-buku berkaitan Fremasonry dll

Sekian dari saya, Wasalam.

——————————————————————————————–

amarjamaludin.wordpress.com

15 Julai 2011/ Damanhur, Egypt