SMKA Kerian Sekolah Terbaik Kelak


1 April 1999 adalah hari pertama SMKA Kerian dibuka. Saya adalah batch pertama generasi Tingkatan 1 SMKA Kerian yang sulung. Alhamdulillah ditaqdirkan 5 tahun menuntut di SMKA Kerian. Banyak kenangan lama takkan ku lupakan. Maaf buat semua teman-teman lama yang lama tak ku jumpa. Ustaz2, Ustazah2, Guru2 dan Staff2 SMKA Kerian adalah sentiasa ku ingati selalu. Nama Ustaz Shamsul Arifin Saban, Ustaz Zaki, Ustaz Zakaria, Cikgu Zakri Sadri, Cikgu Nor Kamarudin, Ustaz Zuradi, Ustaz Abu Samah, Ustaz Mat Saad dan ramai cikgu2 lain telah ku rendam lumat dalam hatiku. Walaupun berada jauh di Perantauan bukan bermaksud ku lupa akan SMKA Kerian. Buat teman2 lelaki dan perempuan sepanjang sepengajian maafkan daku tak dapat komitmen dengan Alumni SMKA Kerian. Insyaallah kalau berkesempatan akan ku kembali semula ke Bumi SMKA Kerian.

samsul arifin johan tilawah kebangsaan

samsul arifin johan tilawah kebangsaan

Ustaz Shamsul banyak mengajar ku erti dunia Tilawah dan Tajwid Al-Quran. Entah di mana boleh ku mencari Tok Guru-Tok Guru ku dulu yang banyak sudah berpindah seperti Ustaz Zaki dll.

Badan Pengawas, Majlis Perwakilan Pelajar SMKA Kerian, Badan Dakwah dan Kerohanian BADAR banyak mengajar erti kepimpinan. Banyak jugak kelemahan yang ingin ku baiki dan tidak ku ulangi lagi di kala ini.

Sahabat-sahabatku yang lain di mana ye.

SMKA Kerian Sekolah terbaik kelak

SMKA Kerian Sekolah terbaik kelak

Insyaallah doakan kejayaan ku di bumi Damanhur, Mesir.

amarjamaludin.wordpress.com

19 Januari 2011

About these ads